Pizi Jihat

Pizi bin Jihat (lahir 4 Mei 1970) ialah seorang pelakon dan ahli politik Malaysia. Merupakan ahli politik dari BERSATU. Beliau pernah dicalonkan di kerusi Dewan Negeri Bukit Pasir semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu, tetapi pencalonan beliau ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kerana masih mempunyai status muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.[1] Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kehairanan beliau kerana telah membuat semakan sebelum itu dan mendapati nama Pizi sudah tiada dalam senarai, namun telah dipertikaikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia setelah semakan semula dibuat.